Penjawat awam Johor terima bonus sebulan gaji

Onn Hafiz
Onn Hafiz
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada sejumlah kira-kira 13,400 kakitangannya.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Johor 2023 semasa Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini pada Khamis.

Onn Hafiz berkata, bantuan khas itu akan dibayar sebanyak dua kali iaitu sebelum akhir tahun ini dan menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan

"Bantuan berkenaan diberikan kepada kakitangan kerajaan negeri dan kakitangan awam Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri Johor.

"Selain itu, bantuan tersebut juga akan dipanjangkan kepada semua guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan guru Tadika Islam Johor (TAJ).

"Kerajaan negeri amat menghargai sumbangan penjawat awam yang menjalankan dasar-dasar bagi menjayakan agenda pembangunan dan kebajikan negeri," katanya.

Artikel Berkaitan: