Bidoglio variasi taktikal JDT

JDT melengkapkan kejuaraan quadruple musim ini selepas merangkul kejuaraan Piala Malaysia setelah menewaskan Selangor, 2-1 dalam perlawanan akhir ddi Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 November lalu.- Foto JOHOR Southern Tigers
JDT melengkapkan kejuaraan quadruple musim ini selepas merangkul kejuaraan Piala Malaysia setelah menewaskan Selangor, 2-1 dalam perlawanan akhir ddi Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 November lalu.- Foto JOHOR Southern Tigers
A
A
A

KEPUTUSAN Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa Hector Bidoglio sebagai pengendali pada pertengahan musim menjadi intipati penting kejayaan Harimau Selatan menyapu bersih semua kejuaraan Liga Malaysia (Liga-M) 2022.

Bekas pemain kebangsaan, Shahrom Kalam berkata, pengendali dari Argentina itu telah banyak membuat variasi dalam taktikal JDT yang menyebabkan lawan sukar menduga corak permainan kelab selatan tanah air tersebut

Menurutnya, faktor menyaksikan JDT mampu mencipta sejarah musim ini apabila tidak tewas dalam semua 35 perlawanan domestik termasuk Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih).

“Satu-satu pasukan yang mahu berjaya, mereka tidak boleh mengekalkan corak permainan yang sama atau ‘stereotype’ dalam tiap perlawanan kerana lawan sudah boleh membaca.

“Apa yang menyebabkan JDT mampu melakar rekod sempurna musim ini adalah semasa mereka menukar jurulatih dan kehadiran Bidoglio berjaya menukar sistem cara bermain pasukan.

“Itu membuatkan pasukan-pasukan lain sukar membuat analisis yang tepat terhadap JDT serta membuatkan mereka dapat merangkul kejuaraan lebih mudah musim ini,” katanya.

Jelasnya lagi, juara sembilan kali berturut-turut Liga Super itu lebih sempurna apabila Hector membawa variasi serta melakukan pertukaran dalam sesuatu perlawanan.

“Sebelum ini, mereka bergelut dan ini menjadi punca tewas di aksi final Piala Malaysia musim lalu namun kali ini, mereka tampil dengan variasi berbeza.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, persiapan JDT juga tampak mantap musim ini kerana dari akar umbi hingga ke pasukan Liga Super, terdapat satu kesinambungan yang cukup baik,” kata penganalisis sukan tanah air itu.

JDT melabuh saingan Liga-M 2022 dengan merangkul trofi terakhir musim ini Piala Malaysia selepas menewaskan Selangor FC, 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 November lalu.

Untuk rekod, kejayaan merangkul empat kejuaraan (quadruple) dalam satu musim itu merupakan pertama kali dalam sejarah JDT sejak dijenamakan dari musim 2013 malah pasukan reserve, JDT II turut merangkul kejuaraan Liga Premier.