Cadang Akta Anti Kebencian digubal: Chean Chung

Chean Chung
Chean Chung
A
A
A

SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chean Chung mencadangkan Akta Anti Kebencian digubal bagi menghukum mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan bersifat kebencian tanpa asas.

Ahli Parlimen Petaling Jaya itu berkata, akta tersebut akan digunapakai kepada semua ahli politik sepertimana yang dilaksanakan di beberapa negara luar.

Mereka ini (ahli politik) akan dikenakan tindakan sekiranya mengeluarkan kenyataan yang bersifat menabur kebencian tanpa asas.

"Tiada sebuah negara di dunia yang berjaya membangun sebagai negara maju dengan memainkan sentimen sahaja.

"Kita wajar mempertanggungjawabkan ahli-ahli politik bekerja keras untuk rakyat, tumpu kepada isu ekonomi dan bukan menjadi pakar memberikan candu politik sentimen," katanya dalam hantaran di laman Facebook pada Rabu.

Dalam pada itu Chean Chung menegaskan, kepercayaan rakyat terhadap kerajaan akan terhakis sekiranya politik sentimen terus dimainkan oleh ahli politik di masa akan datang.

Sekiranya ia terus berlarutan katanya, situasi tersebut tidak membantu untuk kerajaan fokus kepada dasar pembangunan ekonomi dan kebahagiaan rakyat.

"Menjadi amalan biasa sekiranya kerajaan dipantau dan dikritik oleh rakyat dan pembangkang, tetapi kita perlu meneliti apakah isi yang terkandung dalam serangan mereka.

Artikel Berkaitan:

"Apabila gabungan politik yang memainkan sentimen tidak membuat kerja dan rakyat jadi makin miskin, dengan mudahnya mereka boleh mengalih perhatian rakyat dengan memainkan politik sentimen.

"Sebenarnya serangan tersebut tertumpu kepada itu sahaja, lemparan propaganda sebegini bukan baru berlaku tetapi beberapa bulan sebelum pilihan raya dan menjadi makin kencang selepas pembubaran Parlimen," katanya.