Rashford kembali temui aura

Southgate mengucapkan tahniah kepada Rashford selepas bintang Manchester United itu menjaringkan dua gol semasa England berdepan Wales dalam aksi Kumpulan B Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Ahmad Bin Ali, Al-Rayyan. FOTO: AFP
Southgate mengucapkan tahniah kepada Rashford selepas bintang Manchester United itu menjaringkan dua gol semasa England berdepan Wales dalam aksi Kumpulan B Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Ahmad Bin Ali, Al-Rayyan. FOTO: AFP
A
A
A

PRESTASI Marcus Rashford disifatkan berada tahap terbaik selepas membantu England menewaskan Wales 3-0 sekali gus memacu The Three Lions ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 pada Rabu.

Malah tanpa berselindung pengendali England, Gareth Southgate berkata, sebelum ini banyak pihak mempertikaikan prestasi bintang Manchester United itu.

Malah jelasnya, prestasi pemain berusia 25 tahun bersama Manchester United yang kurang mendapat minit perlawanan juga menimbulkan persoalan pemilihannya untuk menyarung jersi England.

“Secara jujur ia merupakan satu cabaran untuk Rashford membuktikan sesuatu terutamanya selepas kurang mendapat tempat dalam kesebelasan England dan utama kelab selepas Euro 2020.

“Saya pergi melihatnya pada musim panas dan berbual panjang, dia mempunyai beberapa idea yang jelas tentang apa yang dia rasa perlu lakukan dan anda boleh lihat dengan kelabnya, dan kini dia telah menunjukkan dirinya yang sebenar dengan kami. Kami mempunyai pemain yang berbeza dengan Euro.

“Ya, dia sudah banyak meningkat dan ia sesuatu yang bagus bukan sahaja untuknya dan hebat untuk pasukan England. Detik seperti ini juga inilah yang terbaik...,” katanya selepas England mengungguli kumpulan Piala Dunia buat kali pertama sejak 2006.

Pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Ahmad Bin Ali, Al-Rayyan, dua jaringan babak kedua Rashford pada minit ke-50' dan 68' serta gol Phil Foden pada minit ke-51', membolehkan England mengumpul tujuh mata selepas mengharungi tiga perlawanan untuk mara selaku juara Kumpulan B.

Rashford kini menjadi penjaring terbanyak bersama di Piala Dunia Qatar 2022 dengan tiga gol bersama Kylian Mbappe (Perancis), Enner Valencia (Ecuador) dan Cody Gakpo (Belanda).

Artikel Berkaitan:

“Ia satu perasaan yang hebat. Kami agak kecewa selepas keputusan berdepan Amerika Syarikat dan adalah penting untuk menunjukkan prestasi yang baik pada perlawanan seterusnya.

“Perlawanan ini lebih kepada mengenai membunuh perlawanan awal dan kami mengambil peluang tersebut sebaik mungkin...,” kata Rashford.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!