Langkah tutup lubang rasuah

Laporan muka depan Sinar Harian siaran Rabu.
A
A
A
SHAH ALAM - Langkah kerajaan untuk tidak lagi melaksanakan pemberian kelulusan perolehan projek tanpa tender dilihat sebagai keputusan terbaik dalam memastikan lubang-lubang rasuah dalam kerajaan ditutup.
Apatah lagi Malaysia dianggarkan mengalami kerugian hampir RM1 trilion dalam tempoh 25 tahun akibat amalan rasuah serta ketirisan dalam pengurusan negara.