Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Malam

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 di Istana Negara, malam ini.

Raja-Raja Melayu yang berangkat hadir pada majlis itu ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Majlis berkenaan turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak; Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam; Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Turut sama pada majlis itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - Bernama

Artikel Berkaitan: