Lelaki disyaki dera anak tiri hingga maut dituduh esok

Mohd Zaid Hassan
Mohd Zaid Hassan
A
A
A

KAJANG - Bapa tiri yang disyaki mendera kanak-kanak perempuan sehingga maut di rumahnya di Taman Sri Ramal di sini pada 21 November lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek akan dituduh di mahkamah pada jam 9 pagi.

"Lelaki berusia 53 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada 24 November lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut dipercayai didera oleh bapa tirinya di rumah mereka di Taman Sri Ramal di sini.

Polis menerima maklumat kematian kanak-kanak terbabit pada jam 12.39 tengah malam pada 21 November lalu daripada seorang pegawai perubatan di Hospital Serdang.

Hasil pemeriksaan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah dipercayai daripada kesan hentakan benda tumpul pada bahagian kepala dan abdomen (perut) yang menyebabkan sehingga usus pecah.

Artikel Berkaitan: