Tabung NGV lori bawa ikan meletup, dua cedera

Anggota bomba memeriksa tabung NGV sebuah lori selepas berlaku letupan.
Anggota bomba memeriksa tabung NGV sebuah lori selepas berlaku letupan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua lelaki termasuk seorang warga emas cedera selepas tabung gas asli (NGV) sebuah lori meletup di sebuah stesen minyak di Jalan Langkasuka, Kawasan Perindustrian Dato Onn di sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Faiz Suleiman berkata, panggilan berhubung kejadian itu diterima pada jam 12.05 tengah hari.

"Seramai 14 anggota bersama sebuah jentera FRT, tiga unit Bermotor Bomba (RIM) dan satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dkejarkan ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba di lokasi, berlaku letupan tong NGV sebuah lori membawa muatan ikan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Mohd Faiz, letupan berlaku semasa pengisian gas ke dalam tabung lori berkenaan.

Keadaan premis stesen minyak di Jalan Langkasuka selepas tabung NGV sebuah lori meletup pada Selasa.
Keadaan premis stesen minyak di Jalan Langkasuka selepas tabung NGV sebuah lori meletup pada Selasa.

"Pekerja stesen minyak berusia 57 tahun mengalami kecederaan selepas terkena serpihan tabung NGV yang meletup.

"Lelaki itu kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Manakala pemandu lori berusia 64 tahun mengalami kecederaan ringan di tangan.

Artikel Berkaitan:

"Letupan menyebabkan kerosakan pada sebuah teksi jenis Proton Persona, struktur bangunan stesen minyak berkenaan dan sebuah premis berdekatan," katanya.