11 lokasi ‘hotspot’ berisiko banjir kilat

Sebanyak 11 lokasi berisiko banjir kilat sekiranya hujan lebat dan ribut petir berlaku secara berlarutan. - Foto Bernama
Sebanyak 11 lokasi berisiko banjir kilat sekiranya hujan lebat dan ribut petir berlaku secara berlarutan. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 11 lokasi ‘hotspot’ dikesan berisiko banjir kilat sekiranya hujan lebat dan ribut petir berlaku secara berlarutan di kawasan tersebut.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melalui kenyataan notis kesiapsiagaan itu memaklumkan bahawa kawasan tersebut melibatkan 11 mukim di enam negeri iaitu Johor, Perak, Kedah, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku.

"Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh berkenaan.

"Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. Sila layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu pada Isnin.

Bagi Johor, lokasi ‘hotspot’ melibatkan kawasan Jelutong dan Tanjong Kupang di Johor Bahru, manakala Jeram Batu dan Sungai Karang bagi daerah Pontian.

Selain itu, Kedah pula melibatkan kawasan Sungai Batu, Bandar Baharu dan Terap, Kulim.

Daerah Larut, Matang dan Selama di Perak turut dijangka berisiko banjir di Hulu Selama, Hulu Ijok, Selama dan kawasan sekitarnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, lokasi ‘hotspot’ di Pahang melibatkan mukim Semantan, Temerloh dan Sabai, Bentong.

Selangor pula dijangka berisiko banjir di kawasan Ulu Bernam, Hulu Selangor dan Ulu Langat, Hulu Langat.

Bagi Negeri Sembilan, tempat yang terlibat adalah kawasan Kenaboi dan Glami Lemi di Jelebu manakala Langkap di Kuala Pilah.