Amaran hujan berterusan di empat negeri esok

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada. (Gambar hiasan) - Foto Bernama
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada. (Gambar hiasan) - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di empat negeri bermula Selasa hingga 3 Disember.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan negeri terlibat ialah Terengganu dan Kelantan membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Selain itu ialah Pahang, merangkumi kawasan Jerantut, Kuantan dan Pekan manakala Sabah melibatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat. - Bernama

Artikel Berkaitan: