Judi bola: Empat lelaki ditahan taruhan cecah RM75,000

No Image Caption
A
A
A
JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Polis Johor menahan empat lelaki disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian bola sepak membabitkan jumlah pertaruhan RM75,000 sempena kejohanan Piala Dunia Qatar 2022.

Ketua Polis Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kesemua individu berusia 22 hingga 24 tahun itu ditahan menerusi empat serbuan di kawasan Johor Jaya dan Ulu Tiram dalam Op Saga IX.

Beliau memberitahu, semua yang ditahan menerusi serbuan dari 22 hingga 27 November itu dipercayai terlibat sebagai ejen 'bookie' pertaruhan.

"Menerusi serbuan itu polis merampas wang tunai berjumlah RM5,9750, empat buah telefon bimbit mengandungi catitan disyaki pertaruhan kejohanan Piala Dunia Qatar 2022," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 dan jika disabit kesalahan boleh antara RM20,000 hingga RM200,000 dan penjara tidak lebih lima tahun.
Artikel Berkaitan:


Tambahnya lagi, semua suspek direman tiga hari bermula Isnin untuk siasatan lanjut.