Empat nelayan Vietnam disyaki penagih dadah ditahan

Bot kelas C yang dikesan oleh Maritim dalam Op Makmur di kedudukan 26.8 batu nautika timur laut Kuala Endau Rompin pada Ahad.
Bot kelas C yang dikesan oleh Maritim dalam Op Makmur di kedudukan 26.8 batu nautika timur laut Kuala Endau Rompin pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang menahan empat nelayan Vietnam disyaki positif dadah dalam operasi Op Makmur di kedudukan 26.8 batu nautika timur laut Kuala Endau Rompin pada Ahad.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, kesemua lelaki yang ditahan selepas mengesan sebuah bot sedang bersauh dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 4.35 petang.

Menurutnya, mereka yang ditahan berusia 37 hingga 47 tahun itu berada di dalam bot terbabit ketika serbuan dilakukan.

"Kita juga merampas tiga paket kecil lutsinar mengandungi serbuk kristal disyaki dadah dianggarkan seberat 30 gram bersama satu set peralatan menghisap dadah disembunyikan di dalam bot.

"Semua dadah yang ditemukan dianggar bernilai RM3,000 manakala keempat-empat suspek disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Empat nelayan Vietnam ditahan disyaki positif dadah dalam operasi Op Makmur di kedudukan 26.8 batu nautika timur laut Kuala Endau Rompin pada Ahad.
Empat nelayan Vietnam ditahan disyaki positif dadah dalam operasi Op Makmur di kedudukan 26.8 batu nautika timur laut Kuala Endau Rompin pada Ahad.

Beliau menjelaskan bot dan suspek yang ditahan dibawa ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading, Rompin untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Sehubungan itu, Kamal Ariffin mengingatkan komuniti maritim di Perairan Pahang khasnya supaya menjauhi sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah dan

Artikel Berkaitan:

sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang bagi memastikan Perairan Pahang aman dan sejahtera.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 yang beroperasi secara 24 jam atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.