200 peguam berkumpul di KL untuk Terralex

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 200 peguam dari 50 negara berkumpul di sini untuk Mesyuarat GlobaL TerraLex bagi membincangkan pelbagai isu perundangan dan ekonomi yang memberi kesan kepada Malaysia.

Mesyuarat itu dihoskan oleh firma guaman Malaysia Azmi & Associates di Kuala Lumpur dari 10 hingga 12 April, kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur di sini hari ini.

Mesyuarat penting itu juga menjemput pelanggan tempatan untuk mendengar daripada firma rangkaian TerraLex mengenai topik-topik terkini berkaitan urusan perniagaan di seluruh dunia dengan memberi tumpuan kepada trend baharu dan perkembangan perniagaan baru-baru ini yang memberi impak kepada rantau berkenaan.

"Delegasi dari seluruh dunia menyaksikan sendiri bagaimana Malaysia menuju ke arah mewujudkan ekonomi yang lebih pelbagai, menggalakkan pelaburan dalam dan luar negara, mewujudkan negara keusahawanan, dan berusaha untuk mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara dengan meningkatkan produktiviti dan daya saing industri, "Pengerusi TerraLex, Tim Brown dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif TerraLex, Terri Pepper Gavulic berkata Malaysia dipilih sebagai lokasi mesyuarat kerana kemunculannya yang semakin penting sebagai pusat ekonomi dan budaya utama Asia.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif TerraLex Terri Pepper Gavulic berkata Malaysia dipilih sebagai lokasi mesyuarat kerana menjadi terkenal sebagai pusat ekonomi dan budaya utama Asia.

TerraLex adalah rangkaian undang-undang global kedua terbesar yang mewakili kira-kira 19,000 peguam di lebih daripada 150 firma undang-undang di 100 negara di seluruh dunia dan beribu pejabat di Florida, Amerika Syarikat. - Bernama

Artikel Berkaitan: