Bunyi bising pergaduhan rupanya rumah terbakar

Anggota bomba melakukan operasi memadam kebakaran di Pekan Lama Sungai Petani Kedah.
Anggota bomba melakukan operasi memadam kebakaran di Pekan Lama Sungai Petani Kedah.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Bunyi bising seperti ada pergaduhan rupa-rupanya kekecohan yang berlaku akibat kebakaran melibatkan enam buah rumah sewa di Pekan Lama di sini lebih kurang 9.40 malam, Ahad.

Mangsa, Ooi Wai Leong, 62, berkata, dia hanya menyedari perkara itu setelah dimaklumkan jiran.

Dia yang menyewa lebih 10 tahun di rumah berkenaan segera bertindak menyelamatkan diri melalui pintu belakang dengan hanya sempat mencapai dompet sahaja.

Seorang lagi mangsa, Chong Fatt Tat, 54, yang menyewa lebih 40 tahun berkata, terkejut terdengar bunyi orang menjerit mengatakan rumah mereka terbakar ketika mahu mandi.

"Ada jiran jerit rumah terbakar, saya sempat capai baju dan keluar dari rumah...saya lihat api merebak dengan cepat sehingga tak sempat nak selamatkan apa-apa barang," jelasnya.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 10.13 malam.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani dan BBP Amanjaya dikejarkan ke lokasi kejadian membabitkan 28 anggota termasuk pegawai.

Orang ramai dan pelbagai pihak termasuk NGO hadir membantu mangsa yang hilang tempat tinggal.
Orang ramai dan pelbagai pihak termasuk NGO hadir membantu mangsa yang hilang tempat tinggal.

Artikel Berkaitan:

"Setibanya di lokasi, komander operasi lapor mendapati terdapat kebakaran melibatkan enam buah rumah.

"Kebakaran dapat dikawal pada jam 10.49 malam," katanya.

Difahamkan, lima buah rumah terbakar hampir 95 peratus manakala sebuah lagi membabitkan kemusnahan 30 peratus.

Operasi memadam kebakaran turut melibatkan anggota balai bomba sukarela berdekatan.

Berdasarkan maklumat, kebakaran turut melibatkan sebuah motosikal namun tiada mangsa terlibat.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.56 tengah malam.