Sultan Kedah kurnia pangkat kemuliaan kepada Che Puan Nur Julie

Sultan Sallehuddin
Sultan Sallehuddin
A
A
A
ALOR SETAR - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mengadakan dan mengurniakan Pangkat Kemuliaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Puan Mahkota Kedah kepada Che Puan Nur Julie Ariff.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Norizan Khazali berkata, Sultan Kedah mengurniakan Pangkat Kemuliaan itu berkuat kuasa Sabtu.

Tunku Puan Mahkota Kedah dikurniakan gelaran itu selepas pernikahannya dengan Tunku Mahkota Kedah Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Balai Menghadap Istana Darul Aman, Kuala Lumpur, pada Sabtu. - Bernama

Artikel Berkaitan: