Malaysia hasrat perkukuh hubungan dengan Somalia: PM

Anwar
Anwar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia berhasrat untuk terus meneroka cara memperkukuh hubungan dua hala dengan Somalia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata demikian ketika membalas ucapan tahniah daripada Presiden Somalia Hassan Sheikh Mohamud atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

"Terima kasih Presiden @HassanSMohamud atas ucapan anda. MaIaysia juga berhasrat untuk memperkukuh hubungan dengan Somalia bagi merealisasikan perkara yang saling menguntungkan kedua-dua negara,” ciapnya dalam hantaran di akaun Twitter.

Ketika mengucapkan tahniah kepada Anwar, Mohamud turut menzahirkan hasrat untuk memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan Somalia.

Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Khamis. - Bernama

Artikel Berkaitan: