Pemandu maut tersepit dalam kepala lori

Kemalangan yang meragut nyawa pemandu lori dalam kemalangan terbabit. Foto ihsan PDRM
Kemalangan yang meragut nyawa pemandu lori dalam kemalangan terbabit. Foto ihsan PDRM
A
A
A

LIPIS - Seorang warga emas maut selepas lori yang dipandu dipercayai hilang kawalan di Kilometer (KM) 15 Jalan Kampung Budu-Kampung Tualang Padang dekat Benta pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mangsa, Johari Md Jali, 70, cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Azli, kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan jenis lori jenis Rigid Dumper dipandu sendirian oleh mangsa dalam perjalanan dari Lanchang membawa muatan tar untuk dihantar ke Kampung Kemahang, Benta.

"Sampai di tempat kejadian, lori itu dipercayai telah hilang kawalan semasa melalui jalan yang berselekoh serta menuruni bukit.

"Akibat kejadian tersebut, lori terbabas ke sebelah kanan jalan dan terbalik menyebabkan pemandunya tersepit dan terperangkap di dalam bahagian kepala kenderaan terbabit," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

"Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," tambah Azli.

Artikel Berkaitan: