Dr Sidek Baba meninggal dunia

Dr Sidek Baba
Dr Sidek Baba
A
A
A

SHAH ALAM - Tokoh pendidikan, Profesor Datuk Dr Sidek Baba meninggal dunia pada jam 7 petang Jumaat.

Berita pemergian beliau yang berusia 76 tahun itu dikongsikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Dr Sidek Baba, penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 2009 yang telah kembali kerahmatullah pada 25 November 2022.

"Semoga Almarhum dikumpulkan bersama para Anbiya, orang-orang soleh, para syuhada dan muttaqin," menurut jabatan itu dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Sidek yang dilahirkan di Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Hal Ehwal Pembangunan Pelajar pada tahun 1994 hingga 2002.

Allahyarham yang merupakan bekas rakan karib Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berjuang bersama dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Sidek turut menghasilkan banyak buku dan artikel di media tempatan.

Artikel Berkaitan: