Lelaki gagal ujian e-hailing mengamuk guna sabit

Sabit yang digunakan suspek dalam kejadian itu. -Foto: PDRM, gambar kiri: Mohamad Fakhruddin
Sabit yang digunakan suspek dalam kejadian itu. -Foto: PDRM, gambar kiri: Mohamad Fakhruddin
A
A
A

PETALING JAYA - Gara-gara gagal ujian e-hailing, seorang lelaki hilang pertimbangan dan mengamuk sambil melibas sabit sepanjang 14 sentimeter (cm) dalam kejadian di Sungai Way, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan pada jam 3.40 petang.

"Seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun telah mengamuk dengan bersenjatakan sebilah sabit di pejabat syarikat e-hailing berkenaan.

"Kejadian dipercayai berpunca akibat tekanan perasaan kerana suspek tidak dapat menjawab ujian untuk mendapatkan lesen kenderaan e-hailing," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Muhammad Fakhruddin berkata, insiden yang berlaku di pejabat penyedia platform e-hailing terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada mana-mana pihak.

Beliau berkata, ketika ditahan, suspek tidak berada di bawah pengaruh alkohol ataupun dadah.

"Pihak polis telah menangkap suspek di dalam bangunan terbabit.

"Semakan rekod lampau mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah dan telah direman empat hari bermula Rabu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: