Tarikh ujian subjek Ulum Syari'ah UPKK dipinda

Tarikh UPKK bagi subjek Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah) yang sepatutnya berlangsung pada Isnin depan dipinda kepada 5 Disember depan. - Foto hiasan
Tarikh UPKK bagi subjek Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah) yang sepatutnya berlangsung pada Isnin depan dipinda kepada 5 Disember depan. - Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Tarikh Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah) yang sepatutnya berlangsung pada Isnin depan dipinda kepada 5 Disember depan.

Ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengisytiharkan 28 November sebagai cuti khas.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi kenyataannya pada Jumaat memaklumkan, jabatan itu prihatin dengan keputusan yang telah ditetapkan.

"Kami menghargai komitmen semua pihak dalam melaksanakan UPKK Tahun 2022," katanya.

Artikel Berkaitan: