Akar umbi UMNO Arau sokong BN sertai kerajaan perpaduan

Akar umbi UMNO Bahagian Arau menyatakan sokongan kepada BN mendokong pembentukan kerajaan perpaduan
Akar umbi UMNO Bahagian Arau menyatakan sokongan kepada BN mendokong pembentukan kerajaan perpaduan
A
A
A

ARAU – [DIKEMAS KINI] Akar umbi UMNO Bahagian Arau menyokong keputusan BN memberi dokongan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan perpaduan.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Arau, Salim Dahaman berkata, keputusan itu bagi membolehkan pentadbiran negara kembali berada dalam landasan yang betul.

“Kami ahli UMNO Bahagian Arau di kawasan DUN (Dewan Undangan Negeri) Tambun Tulang menyokong penuh keputusan yang dibuat Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) menyatakan sokongan kepada Anwar bagi membentuk kerajaaan perpaduan dan menjadi Perdana Menteri.

“Semoga (pentadbiran) negara dapat terus kembali ke landasan sebenar. Reputasi Anwar amat diyakini di peringkat antarabangsa. Kami juga amat yakin dengan kepimpinan parti (Ahmad Zahid),” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Turut hadir Ahli Dewan Negara, Senator Seruandi Saad dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob.

Dalam perkembangan sama, Salim memberitahu, pihaknya juga ingin menyatakan sokongan kepada bekas ADUN Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim untuk menerajui UMNO Bahagian Arau dan negeri selepas Datuk Seri Shahidan Kassim dipecat.

Datuk E Siw Chun
Datuk E Siw Chun

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Orang Siam Malaysia, Datuk E Siw Chun berkata, masyarakat Siam menyambut baik pembentukan kerajaan perpaduan yang disertai berbagai parti politik.

Artikel Berkaitan:

“Kerajaan perpaduan ini juga merangkumi semua kaum. Jadi saya minta kerajaan perpaduan ini mengambil kira bukan sahaja tiga kaum majoriti sahaja (Melayu, Cina dan India) tetapi kumpulan minoriti seperti masyarakat Siam.

“Saya berharap Perdana Menteri tidak akan meminggirkan masyarakat Siam. Kami menyokong kerajaan yang ditubuhkan pada masa ini,” ujarnya.