Anwar umum Isnin cuti khas

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim -Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim -Foto Bernama
A
A
A

KAJANG - Perdana Menteri yang baharu dilantik, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin (28 November 2022) sebagai cuti kelepasan am.

Perkara itu dimaklumkan olehnya pada sidang akhbar pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesepuluh, di sini pada Khamis.

"Saya sudah bincang dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dengan Yang di-Pertuan Agong kerana saya sudah janji untuk beri cuti dan dianjak kepada Isnin depan" katanya.

Anwar selesai mengangkat sumpah di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara, jam 5.30 petang.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu, disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Terdahulu, Istana Negara dalam kenyataannya memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah perkenan melantik Pengerusi PH itu sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Ia sekaligus menamatkan teka-teki selepas lima hari Parlimen berada dalam situasi tergantung berikutan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu lalu, menyaksikan tiada mana-mana pihak berjaya mendapat majoriti 50 peratus daripada kerusi yang dipertandingkan.

Artikel Berkaitan: