130 ahli UMNO solidariti kepimpinan Ahmad Zahid

Seramai 90 ketua bahagian dan ahli MKT hadir ke WTCKL sebagai tanda solidariti kepada Ahmad Zahid.
Seramai 90 ketua bahagian dan ahli MKT hadir ke WTCKL sebagai tanda solidariti kepada Ahmad Zahid.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 130 ahli UMNO termasuk ketua bahagian dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menyuarakan solidariti terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden parti berkenaan.

Wakil kumpulan itu, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah menyeru semua ahli dan ketua bahagian yang sebelum ini meminta peletakan jawatan Ahmad Zahid supaya kembali bersatu dan berdiri teguh di belakang presiden parti itu.

"Sebelum ini ada satu kumpulan yang seolah-seolah mereka mewakili satu Malaysia meminta presiden letak jawatan. Saya harap rakan-rakan kita yang mana dah 'konar baring' itu supaya balik lah semula.

"Kita menasihatkan mana-mana ketua bahagian yang masih ragu, masih bimbang, masih ada syak wasangka silalah kembali dan kita bersatu di seluruh Malaysia.

"Hari ini seramai 90 orang hadir dan 40 orang telah menghantar mesej yang memang nak hadir, tetapi tidak dapat hadir hari ini turut memberi sokongan," katanya pada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Khamis.

Mohd Shafie
Mohd Shafie

Turut hadir menzahirkan solidariti adalah Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad; Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Pada masa sama, Mohd Shafie menyifatkan tindakan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang menggesa pengunduran Ahmad Zahid sebagai presiden parti sebagai biadab.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pihak berkenaan telah berpaling tadah kepada parti di saat-saat genting selepas berpuluh-puluh tahun berganding bahu.

"Kita dah berpuluh tahun gendong mereka dan kebanyakan kerusi mereka menang adalah kerusi Melayu tetapi apabila genting mereka berpaling tadah," ujar beliau.