Melaka kekal kerajaan BN

Sulaiman (kiri) ketika sidang akhbar selepas
menyempurnakan sambutan Hari Kanak-kanak peringkat negeri 2022 di Dewan Putera Puteri Rumah Kasih Tun Abdul Aziz Durian Daun, pada Khamis.
Sulaiman (kiri) ketika sidang akhbar selepas menyempurnakan sambutan Hari Kanak-kanak peringkat negeri 2022 di Dewan Putera Puteri Rumah Kasih Tun Abdul Aziz Durian Daun, pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri masih kekal untuk tidak bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) seperti mana keputusan yang dibuat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, situasi di peringkat persekutuan tidak terpakai di peringkat negeri dan Melaka masih lagi di bawah pentadbiran BN.

Bagaimanapun menurutnya, kerajaan negeri tiada halangan untuk bekerjasama dengan kerajaan persekutuan baharu demi untuk pembangunan dan kemajuan rakyat Melaka.

Beliau turut menyambut baik pelantikan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 dan yakin Majlis Raja-raja Melayu telah membuat keputusan yang terbaik.

Sekarang ini Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berbeza, negeri (Melaka) tidak ada isu, jadi ia terpakai untuk peringkat persekutuan.

"Ini terpakai kepada mana-mana negeri seperti Perak dan Pahang, tapi Melaka tidak sebab kita buat PRN lebih awal, jadi tidak terpakai seperti mana diikuti di peringkat persekutuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan sambutan Hari Kanak-kanak peringkat negeri 2022 di Dewan Putera Puteri Rumah Kasih Tun Abdul Aziz Durian Daun di sini, pada Khamis.

Hadir sama,Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan, Datuk Kalsom Nordin dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Burhanuddin Bachik.

Artikel Berkaitan:

Jelas Sulaiman, situasi yang berlaku sekarang tidak mustahil akan berulang pada PRU16 di mana tiada parti yang mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

"Dengan penambahan setiap parti yang diwujudkan di negara ini, saya yakin jika ini berterusan PRU akan datang tiada satu pun parti yang secara individu membentuk kerajaan,percayalah," katanya lagi.