Pemain Arab Saudi terima hadiah Roll Royce Phantom

Roll Royce Phantom akan diberikan kepada pemain Arab Saudi selepas mencatatkan kemenangan ke atas Argentina.
Roll Royce Phantom akan diberikan kepada pemain Arab Saudi selepas mencatatkan kemenangan ke atas Argentina.
A
A
A

PEMAIN Arab Saudi menerima durian runtuh apabila dilaporkan akan menerima sebuah Rolls Royce Phantom setiap seorang selepas kejayaan menewaskan Argentina 2-1 pada Piala Dunia Qatar 2022.

Menurut beberapa laporan media antarabangsa, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud akan memberi hadiah itu sebagai tanda penghargaan sebagai ganjaran atas kerja keras yang ditampilkan oleh mereka.

Untuk rekod, harga semasa bagi sebuah Rolls Royce Phantom bernilai AS$460,000 atau sekitar RM2 Juta.

Selain diberikan hadiah kereta mewah kepada setiap pemain, Mohammed Bin Salman juga dilaporkan akan menghadiahkan setiap pemain wang sebanyak AS$1 bilion (RM4.5 bilion) sebagai tanda ucapan terima kasih daripada pihak kerajaan.

Pada Selasa, Arab Saudi menamatkan rekod 36 perlawanan tanpa kalah yang dimiliki oleh Argentina yang menyaksikan skuad kendalian Hervé Renard meraih kemenangan dengan keputusan 2-1.

Ketua pasukan Argentina, Lionel Messi menyudahkan sepakan penalti susulan kekasaran yang dilakukan Saud Abdulhamid terhadap pemain tengah, Leandro Paredes. Kedudukan 1-0 kekal sehingga rehat separuh masa pertama.

Mimpi ngeri Argentina bermula pada minit ke-48 apabila percubaan kaki kiri Saleh Al-Shehri dalam kawasan penalti selepas menerima hantaran Feras Al-Brikan berjaya membolosi gawang Argentina yang dikawal Emiliano Martinez.

Gol yang dihasilkan Saleh itu nyata membangkitkan semangat pemain Arab Saudi apabila berjaya membolosi Argentina buat kali kedua, kali ini Salem Aldawsari selang lima minit kemudian.

Artikel Berkaitan: