Pemangku Raja Pahang, Raja Perlis tiba di Istana Negara

Kenderaan rasmi Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al -Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dilihat memasuki Istana Negara sekitar jam 10.20 minit pagi. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Kenderaan rasmi Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al -Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dilihat memasuki Istana Negara sekitar jam 10.20 minit pagi. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berangkat tiba di pintu satu, Istana Negara pada Khamis.

Kenderaan jenis Range Rover berwarna hitam itu dilihat memasuki pekarangan Istana Negara pada jam 10.20 pagi.

Sementara itu, turun menyaksikan keberangkatan tiba, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sekitar 10.30 pagi tadi.

Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah perkenan untuk menganjurkan satu Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada Khamis.

Perbincangan khas ini adalah bertujuan mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu bagi membolehkan Seri Paduka Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, sesi-sesi menghadap itu adalah lanjutan daripada sesi menghadap ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perikatan Nasional, (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin secara berasingan bermula jam 4.30 petang Rabu.

Sesi menghadap ketua-ketua gabungan tersebut adalah susulan daripada hasil pengesahan calon-calon Perdana Menteri yang telah dimaklumkan oleh ketua parti-parti dan ketua gabungan parti-parti politik kepada Istana Negara yang mendapati tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ketika ini, lebih 50 pengamal media mula berkumpul pintu utama Istana Negara bagi memberi liputan tentang situasi semasa mengenai perbincangan untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Tuanku mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri

Artikel Berkaitan: