Notis siap siaga banjir kilat di tujuh negeri

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat melibatkan beberapa kawasan di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak.

JPS menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, berdasarkan makluman ramalan hujan oleh Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS, terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri berkenaan sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku.

"Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh berkenaan.

"Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. Sila layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Di Johor, antara kawasan yang bakal terjejas adalah daerah Batu Pahat melibatkan Mukim Simpang Kanan, Mukim Sri Gading, Mukim Tanjung Sembrong, daerah Kota Tinggi (Mukim Pengerang, Mukim Sedili Besar, Mukim Ulu Sungai Johor), Mersing (Mukim Teriang), Muar (Bandar Panchor, Mukim Bukit Kepong) dan Tangkak (Mukim Bukit Serampang, Mukim Grisek).

Sementara di Kelantan melibatkan Kota Bharu (Mukim Baung, Mukim Padang Bungor, Mukim Panchor, Mukim Pulau Panjang dan Mukim Tebing Tinggi) manakala di Negeri Sembilan membabitkan Mukim Jimah serta kawasan sekitarnya.

Di Pahang pula membabitkan Rompin (Mukim Endau, Mukim Pontian) dan Temerloh (Pekan Kuala Kerau, Mukim Bangau, Mukim Jenderak, Mukim Kerdau, Mukim Lipat Kajang, Mukim Perak dan Mukim Sanggang) manakala Pulau Pinang pula di Seberang Perai Utara (Bandar Butterworth, Mukim 1dan Mukim 4).

Di Selangor melibatkan Sepang (Pekan Tanjung Mas dan Mukim Sepang) manakala Sarawak di daerah Bahagian Miri (Kampung Pujut Tanjung Batu, Kampung Pujut Padang Kerbau, Kampung Pujut Adong, Bulatan Boulevard, Kampung Damai Jaya Senadin, kawasan Krokop, Jalan Jee Foh, Taman Gilbert, Kg. Wireless, kawasan Jalan Datuk Edward Jeli, Jalan Miri-Pujut dan Jalan Miri-Piasau). - Bernama

Artikel Berkaitan: