Penduduk Klang diminta waspada air laut pasang besar

Penduduk Klang diarah peka dengan risiko fenomena air pasang besar yang mungkin membawa kepada bencana banjir. - Foto Bernama
Penduduk Klang diarah peka dengan risiko fenomena air pasang besar yang mungkin membawa kepada bencana banjir. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Penduduk di sekitar daerah Klang diarah peka dengan risiko berdepan fenomena air pasang besar yang bermula sejak semalam hingga Ahad ini (27 November) yang mungkin membawa kepada bencana banjir.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang dalam kenyataan melalui Facebook Pejabat Daerah/Tanah Klang memaklumkan ketinggian paras air laut dijangka mencecah 5.3 meter pada esok dan Jumaat ini.

Justeru, pihaknya mengingatkan warga Klang untuk sentiasa bersedia dan cakna dengan keadaan semasa alam sekeliling dan mendapatkan maklumat terkini mengenai cuaca serta arahan lanjut daripada pihak agensi kerajaan bertanggungjawab.

Orang awam boleh membuat laporan berhubung kejadian bencana dengan menghubungi talian kecemasan melalui WhatsApp Pejabat Daerah dan Tanah Klang (24 jam) di nombor 010-869 1067.

Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang juga dibuka sejak semalam hingga 27 November. - Bernama

Artikel Berkaitan: