Poland, Mexico sama kuat

Pemain Mexico meraikan kejayaan mereka ketika mengikat Poland. - Foto EPA
Pemain Mexico meraikan kejayaan mereka ketika mengikat Poland. - Foto EPA
A
A
A

[DIKEMAS KINI] HASRAT Poland untuk mengutip tiga mata penuh pada aksi pertamanya di Piala Dunia Qatar 2022 tidak kesampaian selepas seri tanpa jaringan menentang Mexico, awal pagi Rabu.

Pada aksi yang berlangsung Stadium 974, penyerang sensasi Poland, Robert Lewandowski hampir sahaja meletakkan pasukannya dihadapan namun sepakan penalti yang diambil olehnya 11 minit selepas babak berdua bermula berjaya diselamatkan penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa.

Ketika perlawanan berbaki 20 minit, jurulatih Mexico, Gerardo Martino menggantikan membawa masuk penyerang sensasinya, Jimenez namun penyerang Wolves yang kembali daripada rehat panjang kerana kecederaan itu gagal meledak jaringan.

Selain Ochoa, penjaga gol Poland Wojciech Szczesny, turut beraksi cemerlang apabila menafikan beberapa percubaan yang dilakukan Mexico sekaligus menyaksikan tiada sebaeang jaringan berjaya dihasilkan pada babak pertama

Keputusan itu menyaksikan Arab Saudi mendahului kumpulan C susulan kemenangan mengejut ke atas salah satu pasukan pilihan kejohanan, Argentina pada perlawanan sebelum ini.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!