'Terima kasih rakyat Malaysia terus sabar menanti'- Anwar

Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat yang terus sabar menanti 'kesudahan' pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan Perdana Menteri ke-10.

Jelas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, beliau sememangnya memahami 'keluh-kesah' yang dialami rakyat ketika ini.

"Terima kasih rakyat Malaysia yang terus sabar menanti. Saya tahu semua orang dan semua pihak cintakan negara ini dan mahukan yang terbaik.

"Terus berdoa untuk Malaysia yang lebih baik," katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Menerusi hantaran sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turut merakamkan penghargaan buat semua petugas media.

"Penghargaan juga buat rakan-rakan media yang setia menunggu untuk memberi liputan yang menyeluruh dan seimbang," katanya.

Kemelut penubuhan kerajaan Persekutuan dan pelantikan Perdana Menteri masuk hari ketiga pada Selasa menyaksikan masih tidak ada gabungan parti mendapat majoriti mudah.

Walaupun PH dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing sebelum ini menyatakan keyakinan memperoleh sokongan mencukupi, namun keputusan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) melibatkan pimpinan utama gabungan tersebut di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada pagi Selasa menjawab segalanya.

Artikel Berkaitan:

BN yang dilihat menjadi 'king maker' membuat keputusan untuk kekal sebagai pembangkang dan tidak menyokong mana- mana gabungan bagi membentuk kerajaan, sekali gus me- nyukarkan PH dan PN mencapai majoriti mudah 112 sokongan ahli Dewan Rakyat.