BN maklum kepada Agong tiada ahli Parlimen beri sokongan

Zambry Abd Kadir
Zambry Abd Kadir
A
A
A

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) telah memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa tiada Ahli Parlimen BN yang memberikan sokongan terhadap pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ketetapan itu diambil dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi gabungan tersebut pada pagi ini.

"Dewan Tertinggi juga mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan bagi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

"Sehubungan itu, BN meminta semua pihak yang berkaitan agar bertenang ketika mendepani situasi politik negara.

"Dengan pendirian dan keputusan yang dicapai, kedudukan BN adalah kekal seperti sekarang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada Selasa, sebuah Mesyuarat Dewan Tertinggi BN melibatkan pimpinan utama gabungan tersebut dilaporkan sedang berlangsung di Menara Dato' Onn pagi tadi.

BN melalui siaran di Facebook rasmi memaklumkan bahawa mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Difahamkan pertemuan tersebut adalah bagi memuktamadkan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan BN dalam membentuk kerajaan Persekutuan.

Artikel Berkaitan: