Pemimpin BN mula tiba di Menara Dato' Onn

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilihat memasuki Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Selasa.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilihat memasuki Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Beberapa pimpinan parti BN dilihat memasuki Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Selasa sejak jam 9.40 pagi.

Antara yang hadir ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Datuk Arthur Joseph Kurup; Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon.

Difahamkan pertemuan pada hari ini adalah bagi memuktamadkan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan BN dalam membentuk kerajaan Persekutuan.

Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ketua-ketua parti politik yang mempunyai majoriti terbanyak mengemukakan gabungan baharu dan calon Perdana Menteri kepada Istana Negara sebelum jam 2 petang.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, ketua-ketua parti yang memiliki majoriti terbanyak itu perlu memaklumkan perkara tersebut kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun sebelum diserahkan kepada Istana Negara.


Artikel Berkaitan: