Warisan sokong gabungan PH-BN

Mohd Shafie Apdal
Mohd Shafie Apdal
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Warisan menyatakan sokongan terhadap gabungan Pakatan harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sokongan kepada PH dan BN dibuat kerana kedua-dua gabungan itu mempunyai kerusi majoriti.

"PH dan BN harus diberi pilihan pertama bagi membentuk kerajaan.

"Sokongan ini juga atas alasan bahawa Kerajaan Persekutuan baharu akan menyelesaikan sepenuhnya 21 tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berharap PH dan BN boleh menjadi rakan yang mampu membentuk kerajaan serta membawa kestabilan politik dan perpaduan kepada negara.

Pada PRU15, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 76 kerusi Parlimen di seluruh negara manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh 51 kerusi, BN (30), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (22), Pas (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), DAP (lima) dan Warisan (tiga).

Muda dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) masing-masing memperoleh satu kerusi Parlimen manakala Bebas dua.

Artikel Berkaitan: