Kebakaran kilang di China ragut 36 nyawa

Jentera bomba tiba di lokasi kejadian selepas menerima laporan pertama berhubung kebakaran di kilang Kaixinda Trading Co. - Agensi
Jentera bomba tiba di lokasi kejadian selepas menerima laporan pertama berhubung kebakaran di kilang Kaixinda Trading Co. - Agensi
A
A
A

ZHENGZHOU - Sekurang-kurangnya 36 terbunuh dan dua lagi masih hilang dalam kejadian kebakaran sebuah kilang di wilayah Henan, China pada Isnin.

Lapor media tempatan, pasukan bomba di bandar Anyang menerima laporan pertama mengenai kebakaran di kilang Kaixinda Trading Co yang terletak di daerah Wenfeng sekitar jam 4.22 petang (waktu tempatan).

Sebanyak 63 jentera bomba dikerah ke lokasi kebakaran dengan api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 11 malam.

Pihak berkuasa turut memaklumkan telah menahan seorang suspek tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut berhubung penahanan tersebut.

Kemalangan industri sering berlaku di China berikutan standard keselamatan yang rendah dan rasuah dalam kalangan pegawai penguatkuasa.

Pada Jun, seorang terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam satu insiden letupan di loji kimia di Shanghai.

Tahun lalu, letupan gas menyebabkan 25 terbunuh dan meruntuhkan beberapa bangunan di Shiyan.

Paling diingati ialah letupan besar di sebuah gudang kimia di Tianjin menyebabkan 165 terbunuh dalam kejadian empat tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Ia adalah antara kemalangan industri paling buruk di China. - AFP