PH Pahang, BN sedia bergabung bentuk kerajaan negeri

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Pakatan Harapan (PH) Pahang bersetuju menjalin kerjasama dengan BN Pahang bagi membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu disahkan Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah.

PH Pahang bersetuju untuk kerjasama dengan BN Pahang, tetapi kami menunggu keputusan rasmi daripada pimpinan pusat," katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Pada PRU15, BN gagal mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri apabila hanya memperoleh 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh 17 daripada 42 kerusi DUN di negeri ini.

Sementara itu PH memperoleh lapan kerusi.

Artikel Berkaitan: