Tak semua ahli GPS gembira kerjasama bersama PN

Bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS).
A
A
A

SHAH ALAM - Tidak semua ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) gembira dengan kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Menurut laporan The Vibes, sumber dalam parti itu memberitahu antara kebimbangan utama ialah kemasukan Pas dan naratif anti-Kristian yang dimainkan pada waktu akhir kempen pilihan raya.

Salah satu sumber turut mendakwa mereka tidak dirujuk mengenai perkara tersebut.

"Nampaknya Tan Sri Abang Johari Tun Openg membuat keputusan sewenang-wenangnya," ujarnya.

Anggota dalam parti berharap pengerusi GPS itu tidak membantu parti ekstrem Malaya berkuasa di Putrajaya.

"Kami menghadapi kesukaran untuk menjelaskan kepada ahli kami mengapa kami terikat dengan Pas dan Bersatu.

“Politik mereka tidak konsisten dengan nilai-nilai rakyat di Sarawak,” jelas seorang lagi sumber.

GPS pada Ahad bersetuju untuk membentuk gabungan bersama PN, BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk kerajaan Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

Mengumumkan perkara itu pada Ahad, Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, GPS juga memilih Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.