Kerajaan baharu: Rundingan perlu dibuat melalui 'pintu depan'

Mohd Khairuddin
Mohd Khairuddin
A
A
A

KUALA NERUS - Perundingan bagi membentuk gabungan kerajaan baharu perlu dibuat melalui 'pintu depan' yang melibatkan ketua-ketua parti.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, rundingan melalui pintu belakang tidak boleh dilakukan kerana akan mengulangi tragedi dan krisis yang pernah berlaku pada 2021.

“Perundingan mesti dibuat secara berdepan, dari pintu depan, antara parti dengan parti serta ketua parti dengan ketua parti.

“Jangan runding (melalui) pintu belakang yang memecahkan parti rakan kerana tragedi tahun 2021 akan berulang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, tragedi itu (2021) wujudnya kluster menteri dan kluster parti, kesannya kerajaan tidak akan stabil.

"Apa yang rakyat mahu ialah kerajaan yang stabil. Ia mesti bermula dari hari pertama rundingan sehingga terbentuk kerajaan, seterusnya menstabilkan kerajaan dengan tidak bertelingkah ketika menjadi kerajaan," jelas Mohd Khairuddin.

Pada masa sama, Mohd Khairuddin berharap semua pimpinan (politik) menghentikan krisis demi rakyat dan negara.

“Cukup-cukuplah kita berkrisis kerana ia menyebabkan rakyat dan negara yang menanggung akibatnya,” katanya.

Artikel Berkaitan: