'Sanggupkah UMNO Johor bersekongkol dengan PH-DAP' - Onn Hafiz

Antara foto yang tular dalam media sosial memaparkan pertemuan pemimpin tertinggi BN dan PH dalam media sosial.
Antara foto yang tular dalam media sosial memaparkan pertemuan pemimpin tertinggi BN dan PH dalam media sosial.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz yang konsisten mahu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi segera meletak jawatan sebagai Presiden UMNO, melontarkan persoalan adakah BN Johor sanggup bersekongkol dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP untuk bekerjasama.

Onn Hafiz yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor berkata, ini kerana difahamkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dikatakan akan mengadakan pertemuan pada malam Isnin bagi membincangkan perkara itu.

"Saya dimaklumkan malam ni ada mesyuarat MKT (Majlis Kerja Tertinggi). Saya nak tanya orang UMNO Johor, sanggup ke kita bersekongkol dengan PH-DAP," soalnya dalam Facebook miliknya, pada Isnin.

Menerusi entri tersebut, beliau turut memuat naik gambar pertemuan melibatkan antaranya Ahmad Zahid, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Mohamad Sabu dan pemimpin tertinggi BN lain.

Antara foto yang tular dalam media sosial memaparkan pertemuan pemimpin tertinggi BN dan PH dalam media sosial, kelihatan Ahmad Zahid, Rafizi dan Mohamed Khaled.
Antara foto yang tular dalam media sosial memaparkan pertemuan pemimpin tertinggi BN dan PH dalam media sosial, kelihatan Ahmad Zahid, Rafizi dan Mohamed Khaled.

Menerusi entri lain beberapa jam sebelum itu, Onn Hafiz berkata, Ahmad Zahid perlu meletak jawatan dan bukannya berunding dengan PH untuk membentuk kerajaan baharu di peringkat Persekutuan.

Dakwa Onn Hafiz, tindakan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berunding dengan PH bagi menubuhkan kerajaan campuran sebagai tidak sah, sekiranya benar berlaku dan memintanya berjiwa besar dengan meletak jawatan segera.

Dalam pada itu, foto-foto pertemuan peminpin tertinggi BN dan PH itu tular dalam media sosial termasuk memaparkan kehadiran Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Artikel Berkaitan: