MB Perlis baharu angkat sumpah esok

Mohd Syukri Ramli
Mohd Syukri Ramli
A
A
A

KANGAR - Menteri Besar baharu Perlis bakal mengangkat sumpah di Istana Arau, Arau pada petang Selasa.

Majlis angkat sumpah berkenaan dijadualkan berlangsung pada pukul 3 petang.

Menurut sumber dalaman gabungan itu, watikah pelantikan Menteri Besar berkenaan telah dihantar ke pihak istana pada petang Ahad.

Difahamkan, hanya seorang calon daripada Pas dikemukakan untuk mengisi jawatan itu.

Tiga pemimpin kanan yang menghantar watikah itu adalah Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Naib Presiden Pas, Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Sementara itu, Pengerusi PN negeri, Mohd Shukri Ramli ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan perkara itu.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas negeri bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai calon Menteri Besar tersebut.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Mohd Shukri yang mesra dengan panggilan Cikgu Shukri bakal dilantik sebagai Menteri Besar Perlis baharu.

Artikel Berkaitan:

Mohd Shukri, 61, sebelum ini menjadi guru dari 1985 sehingga 2013 disifatkan sebagai seorang pemimpin yang sangat dihormati, mesra dan berjiwa rakyat.