Hishamuddin rela dipecat daripada sokong Anwar, PH

Hishammuddin
Hishammuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menyatakan beliau rela dipecat oleh parti daripada menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hishamuddin berkata, beliau tidak akan sesekali mengubah pendirian berhubung penolakan untuk bekerjasama dengan PH.

"Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi tetap menolak kerjasama dengan PH.

"No Anwar, No DAP. Pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan," katanya di Facebook pada Isnin.

Ahli Parlimen BN akan menghantar akuan bersumpah (SD) berkaitan sokongan pembentukan kerajaan baharu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun pada jam 2 petang.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berharap Azhar dapat melanjutkan jangka masa waktu berkenaan.

Artikel Berkaitan: