JKKN buat persembahan Mak Yong depan kerajaan negeri, mufti

Mohd Raizuli Jusoh (dua dari kiri) bersama Muhammad Nasir (dua dari kanan), Prof Madya Ahamad Tarmizi dan Azman pada sidang media, di Kota Bharu, semalam.
Mohd Raizuli Jusoh (dua dari kiri) bersama Muhammad Nasir (dua dari kanan), Prof Madya Ahamad Tarmizi dan Azman pada sidang media, di Kota Bharu, semalam.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan (JKKN) akan membuat persembahan Mak Yong mengikut syariat Islam untuk dinilai oleh Kerajaan Kelantan dan mufti.

Pengarah JKKN, Mohd Raizuli Jusoh berkata, pihaknya akan membuat persembahan itu pada 25 April ini bagi membolehkan persembahan tradisional itu dinilai sekali gus dipentaskan untuk umum.

Beliau berkata, pihaknya telah mengikuti syariat Islam yang menolak penglibatan wanita dalam dan membuang unsur mantera dalam persembahan tersebut.

“Mak Yong ini adalah kesenian yang digazetkan sebagai warisan dunia dan kita telah lama membuang unsur mantera dalam persembahannya dan tidak melibatkan wanita sebagai pelakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Kelantan benarkan Mak Yong jika patuhi syariah

“Justeru, pada 25 April ini kami akan buat persembahan untuk dinilai oleh Mufti dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Datuk Md Anizam Ab Rahman. Kami harap dengan penilaian ini persembahan Mak Yong akan dapat dipentaskan semula di negeri ini,” katanya pada sidang media selepas perasmian Seni@Kelate di pekarangan JKKN semalam.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Hadir sama ialah Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Presiden KB Buskers, Azman Mohd Adham.

Raizuli berkata, sempena Seni@Kelate itu yang berakhir hari ini pelbagai persembahan diadakan termasuk wayang kulit, dikir barat, silat cekak Hanafi dan pelbagai gerai jualan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, persembahan kebudayaan akan diadakan di situ setiap malam hari Jumaat dan Sabtu.