BN wajar jadi pembangkang: Shahril

Shahril Sufian
Shahril Sufian
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berpandangan BN lebih sesuai menjadi pembangkang sejurus kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut beliau, ketika ini gabungan tersebut dilihat perlu fokus kepada agenda pembaharuan dan bukannya terganggu dengan menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Jelasnya, amat janggal untuk BN bersama sama ada Perikatan Nasional (PN) mahu pun Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan campuran disebabkan perselisihan lepas.

Kita 'berperang' dengan PH dan PN bukan dua minggu. Tapi lama dan serius. Sebelum PRU15 pun sudah tidak stabil dengan situasi dalaman kerajaan campuran.

"Maka untuk sekarang terus bersama dengan mana-mana pihak amat janggal," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad.

Shahril turut meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO, pada Ahad susulan kekalahannya di kerusi Parlimen Alor Gajah.

Beliau turut menyatakan sokongan terhadap kenyataan dibuat Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menuntut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur berikutan kekalahan teruk BN pada PRU15.

Sementara itu, Shahril dalam kenyataan tersebut turut mengulas sekiranya BN perlu terlibat dalam mencukupkan angka untuk lantikan seorang Perdana Menteri, BN perlu tetap menjadi pembangkang.

Artikel Berkaitan:

"Supaya kerajaan tidak ada risiko runtuh setiap tahun," tambah beliau.