Shahidan belum jadi ahli Pas

Shahidan ketika diisytiharkan sebagai Ahli Parlimen Arau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Shahidan ketika diisytiharkan sebagai Ahli Parlimen Arau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
A
A
A

KANGAR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan beliau masih belum menjadi ahli Pas walaupun berjaya mempertahankan kerusi itu yang ditandingi atas tiket parti sekali gus membawa sensasi kepada Perikatan Nasional (PN) merampas Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Shahidan, beliau bertanding sebagai ahli langsung atau 'direct' PN, namun menggunakan Pas sebagai 'base' dalam pencalonannya seperti yang dipersetujui kepimpinan gabungan berkenaan.

"Saya bertanding sekarang atas tiket Pas dalam PN. Jadi saya kena check dululah sebab belum masuk ahli lagi (Pas atau Bersatu) sebab saya calon direct PN.

"Insya-ALLAH, saya sangat berterima kasih kepada Pas yang memberi peluang kepada saya bersama-sama dengan mereka.

"Berdasarkan rekod lalu, saya tidak pernah melupakan kawan (Pas dan Bersatu)," katanya kepada pemberita di Kompleks Pas Perlis di sini, pada Ahad.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Arau itu berkata demikian sebagai menjawab soalan sama ada beliau akan menyertai Pas selepas ini berikutan keterbukaan PN menerima beliau untuk terus mempertahankan kerusi Parlimen Arau dalam PRU15.

Shahidan, 71, adalah tokoh politik yang tidak asing lagi di Perlis kerana beliau menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen Arau selama empat penggal iaitu pada 1986, 1990, 2013 dan 2018 menerusi tiket BN.

Keputusan PRU15 menyaksikan Shahidan berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Arau dengan majoriti 23,216 undi menewaskan pencabarnya, Datuk Rozabil Abdul Rahman dari BN dan calon muda Pakatan Harapan (PH), Fathin Amelina Fazlie.

Artikel Berkaitan: