PRU15: Kediaman Muhyiddin jadi tumpuan

Media menantikan perkembangan di kawasan kediaman Muhyiddin pada Ahad.
Media menantikan perkembangan di kawasan kediaman Muhyiddin pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini menjadi tumpuan media sejak tengah hari Ahad.

Ia bagi menantikan perkembangan pembentukan kerajaan baharu yang masih lagi tergantung.

Sinar Harian difahamkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Muhyiddin akan mengadakan perbincangan lanjut pada jam 3 petang.

Bagaimanapun setakat jam 2.30 petang belum ada sebarang pergerakan kenderaan pemimpin-pemimpin politik memasuki laluan utama ke kediaman bekas Perdana Menteri itu selepas Abdul Hadi dipercayai meninggalkan kawasan itu pada jam 12.30 tengah hari.

Muhyiddin pada Ahad mendedahkan beliau bersama Abdul Hadi telah mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg bagi membincangkan pembentukan kerajaan Persekutuan.

Rundingan juga sedang dibuat dengan parti-parti lain yang sehaluan dan Ahli Parlimen bebas.

Artikel Berkaitan: