PRU15: Lima Parlimen panas di Sarawak masih milik DAP

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak berjaya mengekalkan lima Parlimen yang merupakan antara kerusi panas di kawasan bandar majoriti Cina pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Antara yang berjaya dipertahankan termasuk Stampin, Mas Gading, Stampin, Bandar Kuching, Sibu dan Lanang.

Namun begitu, DAP kehilangan kerusi Parlimen Sarikei iaitu kerusi yang disandang parti pembangkang tersebut selama dua penggal sejak 2013.

Kerusi itu berjaya dirampas oleh Datuk Seri Huang Tiong Sii mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok dengan 20,080 undi.

Keputusan tersebut sekali gus mengalahkan muka baharu DAP Roderick Wong dengan majoriti 3,697 undi.

Bagi di Parlimen Stampin pula, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen memperoleh 39,310 undi, menewaskan Lo Khere Chiang daripada GPS (32,152 undi) dan Lee Cheng Hing mewakili Parti Bumi Kenyalang (PBK) (2,291).

Bagaimanapun beliau hanya mendapat majoriti sebanyak 7,158 berbanding 14,222 undi pada PRU-14.

Di Sibu pula, penyandangnya Oscar Ling berjaya mempertahan kerusi tersebut sekali gus mengalahkan, Clarence Ting Ing Horh (GPS) dan Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Seri Wong Soon Koh.

Artikel Berkaitan:

Oscar memperoleh 31,287 undi dan menang dengan majoriti 7,760 undi, mengalahkan Ting (23,527 undi) dan Wong (11,128 undi).

Soon Koh hanya berjaya menggumpul 11,128 undi manakala Ahli Parlimen Dayak DAP, Mordi Bimol juga berjaya mengekalkan kerusi Mas Gading dengan majoriti 5,480 undi.

Beliau memperoleh 17,274 undi manakala Lidang Disen daripada GPS memperoleh 11,794 undi dan Sim Min Leong daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) kehilangan deposit dengan hanya 2,311 undi.

Di Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii yang bertanding untuk penggal kedua berjaya mempertahankan kerusinya dengan majoriti sebanyak 28,891 undi.

Beliau memperoleh sejumlah 45,353 undi; menewaskan calon GPS, Eric Tay (16,426 undi) dan Voon Lee Shan daripada PBK (1,760 undi).

Alice Lau juga mampu mengekalkan kerusi Lanang dengan majoriti 11,544 undi.

Beliau mendapat 30,120 undi menewaskan Wong Ching Yong daripada GPS (18,576 undi), Priscilla Lau daripada PSB (3,663 undi) dan Bebas,Datuk Wong Tiing Kiong (587 undi).

Manakala PRU15 menyaksikan DAP di bawah panji Pakatan Harapan (PH) bertanding di lapan kerusi juga tewas di Parlimen Serian dan Bintulu.