'Terima kasih semua pengundi Kuala Selangor' - Tengku Zafrul

Tengku Zafrul memuat naik ucapan terima kasih di Facebook beliau pada Ahad.
Tengku Zafrul memuat naik ucapan terima kasih di Facebook beliau pada Ahad.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Calon BN Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berterima kasih kepada pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tengku Zafrul berkata, pemilihan beliau selaku calon BN bertanding di kerusi itu adalah satu penghormatan kepadanya untuk bekerjasama dan mengenali dengan semua pihak.

"Terima kasih juga kepada semua jentera dan penyokong BN. Insya-ALLAH jika ada rezeki, kita jumpa lagi," Kata beliau menerusi Facebook pada Ahad.

Pada PRU15, kerusi Parlimen Kuala Selangor dimenangi penyandangnya dari Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad selepas meraih majoriti 1,003 undi.

Dr Dzulkefly yang juga bekas Menteri Kesihatan memperoleh 31,033 undi menewaskan pencabar Tengku Zafrul yang mendapat 30,031 undi.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional, Mohd Noor Mohd Sahar memperoleh 23,639 undi dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mohd Shaid Rosli mendapat 1,778 undi.

Artikel Berkaitan: