PRU15: BN kembali dominasi Parlimen Negeri Sembilan

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan
A
A
A

SEREMBAN - Seperti diramal, BN kembali mendominasi Parlimen di Negeri Sembilan apabila menang lima daripada lapan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

BN yang hilang kerusi Tampin dan Kuala Pilah pada PRU14, kini berjaya merampasnya semula selain terus mempertahan Parlimen Rembau, Jelebu dan Jempol.

Percaturan BN menempatkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan di Kuala Pilah dan Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd nampaknya menjadi.

Adnan yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling menang majoriti 6,483 undi dengan memperoleh 21,243 undi.

Beliau menewaskan penyandang Datuk Eddin Syazlee Shith (Perikatan Nasional) yang memperoleh 11,560 undi.,

Nor Azman Mohamad (PH) memperoleh 14,940 undi manakala Datuk Azman Idris hanya memperoleh 333 undi.

Mohd Isam yang merupakan ADUN Gemencheh pula menang majoriti 1,276 undi dengan memperoleh 23,283 undi manakala pencabarnya Muhammad Faiz Fadzil(PH) memperoleh 22,007 undi, Mejar(B) Abdul Halim Abu Bakar(PN), 14,962 undi dan Zamani Ibrahim(Pejuang), 781 undi.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang pertama kali mencuba nasib bertanding di kerusi Parlimen pula dengan mudah dapat mempertahankan kerusi Rembau yang sebelum ini disandang oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Artikel Berkaitan:

Tok Mat menang bergaya dengan majoriti 19,897 undi dan menewaskan pencabarnya Mohd Nazree Mohd Yunus(PN) yang memperoleh 21,875 undi, Ramly Awalludin(Pejuang) memperoleh 529 undi dan S.Tinagaran (Parti Sosialis Malaysia) memperoleh 779 undi.

Selain itu Datuk Seri Jalaluddin Alias sekali lagi diberi mendat di Jelebu apabila menang majoriti 1,724 undi dengan memperoleh 21,805 undi.

Beliau menewaskan Datuk Zulkefly Mohamad Omar (PH) yang memperoleh 13,680 undi, Zaharuddin Baba Samion (PN) 9,596 undi dan Ahmad Fakri Abu Samah (Pejuang), 253 undi.

Bagi Parlimen Jempol pula, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli(BN) menang dengan memperoleh 30,138 undi dengan majoriti 11,519 undi.

Beliau menewaskan Muhammad Noraffendy Mohd Salleh (PN) yang memperoleh 16,722, Norwani Ahmat (PH) yang memperoleh 24,281 undi dan Mohd Khalid Mohd Yunus (Pejuang) yang memperoleh 654 undi.

Bagi Parlimen Seremban dan Rasah pula sudah dijangka yang PH akan terus mengekalkan kemenangan kerana ia kubu DAP.

Anthony Loke Siew terus mempertahan kerusi Seremban dengan memperoleh 63,916 undi dan majoriti 30,841 undi.

Beliau menewaskan pencabarnya Fadli Che Me(PN) yang memperoleh 33,075 undi,Wong Yin Ting (BN) 24,584 undi, Mohamad Jani (Pejuang) 1,336 undi dan Izzat Lesly (Bebas) 373 undi.

Cha Kee Chin di Rasah pula menang bergaya dengan memperoleh 81,434 undi dan majoriti 43,177 undi.

Beliau mengalahkan Ng Kian Nam (BN), yang memperoleh 19,447 undi dan Datuk Choong Vee Hing (PN) yang memperoleh 18,810 undi.

Secara keseluruhan percubaan Pejuang 'berjuang' di Negeri Sembilan hanya sia-sia apabila kesemua calon mereka hilang duit deposit begitu juga dengan dua calon Bebas, Parti Sosialis Malaysia dan Warisan