Jumlah mangsa banjir di Johor tidak berubah

PPS - Foto hiasan
PPS - Foto hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Segamat dan Tangkak masih tidak berubah dengan seramai 276 mangsa daripada 69 keluarga mangsa banjir kilat ditempatkan di empat PPS.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), keempat-empat PPS berkenaan melibatkan Balai Raya Kampung Batu Badak dan Dewan Komuniti Tasek bagi daerah Segamat dan SK Simpang 5 Darat dan Sekolah Agama Simpang 5 Darat bagi daerah Tangkak.

“Setakat jam 8 pagi Ahad, bagi daerah Segamat, dua PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak menempatkan seramai 39 mangsa mangsa banjir kilat daripada 12 keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak Kampung Batu Batu 5, manakala Dewan Komuniti Tasek yang menempatkan seramai 14 mangsa mangsa banjir kilat daripada lima keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak.

“Bagi daerah Tangkak, seramai 122 mangsa banjir kilat daripada 29 keluarga dari Kampung Simpang 5 Darat, Kampung PT. Bunga Raya dan Kampung PT. Pulai ditempatkan di PPS SK Simpang 5 Darat selain mangsa seramai 101 mangsa banjir kilat daripada 23 keluarga dari Kampung Simpang 5 Darat, Kampung PT. Bunga Raya dan Kampung PT. Pulai ditempatkan di Sekolah Agama Simpang 5 Darat,” menurut kenyataan berkenaan.

Secara keseluruhannya, setakat jam 8 pagi Ahad, dua daerah melibatkan Segamat dan Tangkak masih terjejas akibat banjir kilat dengan 276 mangsa daripada 69 keluarga masih berada di keempat-empat PPS di kedua-dua daerah berkenaan.

Sementara itu, laporan berkenaan turut menyatakan tiada amaran ribut petir dilaporkan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia setakat ini.

Bagaimanapun hujan diramalkan berlaku di Mersing, Segamat, Kluang dan Batu Pahat, Tangkak dan Kulai pada Ahad.

Artikel Berkaitan: