PRU15: BN menang besar di Parlimen Rembau

Mohamad menang besar di Parlimen Rembau.
Mohamad menang besar di Parlimen Rembau.
A
A
A

REMBAU - BN menang besar di kerusi Parlimen Rembau dengan majoriti 19,897 undi melalui calonnya, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mohamad atau Tok Mat berjaya menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Nazree Mohd Yunus (21,875 undi), Ramly Awalludin daripada Pejuang (529 undi) dan S Tinagaran daripada Parti Sosialis Malaysia (779 undi).

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Najib Mustafa di pusat penjumlahan undi rasmi di Dewan Sri Rembau di sini.

Parlimen Rembau sebelum ini merupakan kerusi tradisi BN yang mana pada PRU14 ia dimenangi oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin Abu Bakar.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN itu memiliki rekod prestasi cemerlang semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama empat penggal sejak 2004.

Selain itu, beliau berpengalaman luas dalam bidang perniagaan termasuk sebagai Ahli Lembaga Pengarah Sepang International Circuit dan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad.

Artikel Berkaitan: