Nik Omar, BN kecundang di Pasir Salak

Nik Omar, Jamaluddin dan Khairul Azwan
Nik Omar, Jamaluddin dan Khairul Azwan
A
A
A

IPOH - Parlimen Pasir Salak yang dianggap kubu kuat BN akhirnya roboh apabila dirampas Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 5,003 undi.

Malah, percaturan Pakatan Harapan (PH) meletakkan anak Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Nik Omar tidak menjadi apabila hanya memperolehi 11,693 undi.

Jamaluddin Yahya menang dengan 24,879 undi manakala Khairul Azwan Harun (BN) pula memperoleh 19,894 undi.

Zairol Hizam Zakaria dari Pejuang turut kehilangan wang deposit apabila sekadar meraih 539 undi.

Artikel Berkaitan: